Pada suatu hari Jin Ifrit telah keluar dari istana Baitulmaqdis kerana ingin mencari sebiji mutiara yang
sangat cantik untuk dihadiahkan kepada Nabi Sulaiman supaya dia mendapat pujian daripada Nabi
Sulaiman dan sekaligus ingin membuktikan kepada jin dan syaitan yang lain bahawa dialah jin yang
paling disayangi oleh Nabi Sulaiman.
Secara perlahan lahan Jin Ifrit keluar supaya tidak diketahui oleh makhluk yang lain. Setelah sampai di
Laut Merah Jin Ifrit menyelam di dasar lautan untuk mencari mutiara tersebut. Setelah puas menyelam,
mutiara tersebut tidak juga dijumpai oleh Jin Ifrit sehingga sampai ke suatu tempat yang berbatu,
ternampak olehnya kilauan dari celah-celah batu tersebut.
Setelah diamatinya ternyata kilauan tersebut adalah mutiara yang sangat cantik yang dicari- carinya. Jin
Ifrit terus mangambil mutiara tersebut dan berenang ke permukaan sehingga sampai ke tepi pantai.
Semasa perjalanan pulang, Jin Ifrit tidak mengetahui bahawa dia telah di ikuti oleh jin lain yang bernama
Bota. Bota terus mengejar Jin Ifrit dan merampas mutira tersebut. Jin Ifrit sangat marah lalu mengejar
Bota. Oleh kerana Bota lari dan terbang dengan cepat ke arah selatan menyebabkan Jin Ifrit tidak dapat
mengejarnya lagi.
Jin Ifrit sangat takut kalau-kalau diketahui oleh Raja Jin bahawa mutiara tersebut telah hilang. Tidak lama
kemudian Jin Ifrit mendengan suara memanggilnya. Ifrit mengenali suara tersebut adalah suara Raja Jin.
Dengan segera Ifrit pergi mengadap Raja Jin. Raja Jin bertanya kepada Ifrit "Mana mutiara tersebut ?"
Ifrit menjawab "Mutiara tersebut telah dirampas oleh Bota".
Raja Jin mengambil keputusan untuk mempersempahkan kes
tersebut kepada Nabi Sulaiman. Satelah tiba dihadapan Nabi
Sulaiman, baginda bertanya kepada Raja Jin "Apakah kesalahan
Ifrit?". Raja jin menjawab "Ifrit telah menghilangkan sebiji
mutiara yang sangat cantik". Nabi Sulaiman berkata kepada Ifrit
"Adakah kamu telah menyembunyikan mutiara tersebut?" Ifrit
menceritakan apa yang sebenarnya terjadi. Nabi Sulaiman
berkata "Aku akan panggil semua jin dan syaitan untuk
diperiksa". "Sementera itu kamu akan dipenjarakan terlebih
dahulu sehingga kamu dibuktikan tidak bersalah" kata Nabi
Sulaiman.
Salah seorang yang mendengar perbicaraan tersebut ialah
Perdana Menterinya yang bernama Asif. Beliau adalah seorang yang bijak dan tahu bahawa Bota adalah
salah seorang hamba kepada orang lain. Beliau berkata kepada Nabi Sulaiman " Allah menjadikan
peristiwa sebagai pembuka jalan kepada Nabi Sulaiman supaya pergi ke selatan untuk berjuang
pada jalan Allah seperti baginda janjikan dahulu".
"Mungkin Raja tersebut masih menyembah selain Alloh" sambung Perdana Menteri. Nabi Sulaiman
menerima kata-kata tersebut lalu baginda berangkat .
Kitab suci Kristen menyebutkan "ratu dari Selatan" (Yunani: βασίλισσα νότου, basilissa Notou; Latin:
Regina Austri), yang "datang dari bagian ujung bumi", , untuk mendengar hikmat Salomo (Mat
00:42;. Luk 11:31).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar